Assalamualaikum
dan Selamat sejahtera pembaca blog Surfine Hitech yang dikasihi, dah lama saya
tak menaip di alam siber ni, rasa janggal pula bila nak update entry ni, he
he...Walaupun dah lama tak update blog ni, saya masih lagi mendapat
panggilan telefon, bertanyakan mengenai prosedur untuk mendapatkan lesen
memandu! Terima Kasih kerana mempercayai kami.
Sebenarnya saya
masih lagi bekerja dalam bidang ni, Cuma agak sibuk dengan beberapa hal yang
tidak dapat di elakkan, dan sekarang saya telah kembali semula dangan azam dan
semangat yang baru! Sama seperti prosedur lesen memandu yang dah ditukar baru. Ha
ha ha...
Apa?? Prosedur baru?
...
Haa.. masih ada
yang tak tau prosedur untuk mendapatkan lesen kereta dan motorsikal dah tak
macam dulu lagi, semua dah berubah. Litar pun dah berubah. Dari sudut harga
pula mestilah dah berubah juga. Agak-agak korang makin murah ke makin
mahal? Wakakakaka... tak payah jawab
lah... korang sendiri pun tau, hutang neagara makin bertambah, rakyat la yg
kene tanggung, ciss.. termasuk bab politik pulak ha ha ha....
Walau pun harga lesen
dah naik, anda jangan risau kerana kami akan sentiasa memastikan harga kami
berpatutan dengan servis yang kami tawarkan. Lagipun lesen memandu ambil sekali
je seumur hidup kan? Nantikan update harga terbaru dari kami dalam masa
terdekat...