Khamis, 13 Julai 2017

Pengenalan Lesen Kelas H

Lesen Kategori “H” – Trektor Berat 5000 kg Ke Atas

Kalau anda mempunyai Lesen B2 (Motosikal) atau Lesen Kelas D (kereta), anda layak memohon untuk Lesen H (trektor).

Kedua-dua jenis lesen diatas mengecualikan anda daripada mengambil Kod Undang-undang Jalanraya

Sekiranya hendak mendapatkan Lesen lori (E) dimana anda harus menghadiri Kursus 6 Jam Teori dahulu untuk mencapai Sijil JPJ L2B, dalam kes “H” untuk trektor, anda tidak perlu menghadiri kursus sedemikian.
Alasannya untuk keputusan ini mudah saja.

Trektor yang besar itu tidak dapat kita buat apa-apa kepadanya semasa ia rosak.

Demikian juga semasa tayarnya rosak atau bocor, kita tidak berdaya untuk membuat apa-apa pun.

Bagaimanapun, anda harus keluarkan Lesen Belajar (lesen “L”) baru untuk mempelajari jenis jentera ini.

Mempelajari bagaimana menggunakan sesebuah trektor biasanya dibuat di kawasan Institut saja. Meskipun demikian, Lesen L (Probationary Drivers’ License) diperlukan semasa ujian kelak.

Ada sesetengah orang bertanya, apakah yang seorang calon pelajari dalam kursus belajar Lesen Kelas H?

Berapakah kelas-kelas yang harus diambil seorang calon sebelum ia dianggap sebagai kompeten untuk menguruskan sesebuah jentera Kelas H?

Sebenarnya, kesemuanya ini berdasarkan kepada kebolehan seseorang individu.

Sekiranya anda dapat memahami sebelok yang diajarkan anda, maka tidak perlu banyak kelas yang anda perlu hadiri.

Bagaimanapun, dibawah adalah disenaraikan perkara-perkara yang anda perlu pelajari. Pendek kata, anda akan diajar:

i) Penggunaan Gear. Semacam kereta, trektor mempunyai 3 gear.

Saya rasa perlu diingatkan bahawa sesebuah trektor mempunyai 3 gear dan juga harus sedar dijalanraja, trektor boleh berjalan lebih 50 kmj.

ii) Anda juga harus mempelajari penggunaan gear-gear untuk membolehkan anda buat utusan menolak, menggorek dan membuang tanah dan sebagainya.

Sewaktu ujian pula, calon dikehendaki:
a) Membuat Side Parking.

b) Parking parallel.

c0 Penggunaan “bucket” dan tugas-tugas lain seperti menolak, menggorek dan sebagainya.

Seorang calon juga diperlukan memandu trektor ujian memusing ke seluruh institut.

Semasa ini, perlulah calon menggunakan signal-signal tangan juga.

Sekiranya anda lulus dalam ujian Kelas H, anda boleh memohon bagi mendapatkan Lesen H anda. Lesen ini boleh di campurkan kepada lesen anda yang sedia ada.

Pembayaran adalah RM30 setahun.

Lesen jenis H ini mengizinkan anda memandu Lesen F atau “forklift”.

Lesen F atau trektor ringan (jentera-jentera jenis kurang daripada 5000 kg) kalau dibanding dengan “H” yang besar lagi berat (lebih 7500 kg).

Kebiasaannya, calon-calon dinasihatkan memilih kategori “H”.
Dengan ini, anda sebenarnya akan mendapat 2 jenis Lesen sekali gus (H dan F serentak).

Memandangkan anda sudah faham apa itu lesen jenis H, mungkin anda akan berminat untuk memohon lesen jenis kelas ini.

Sekiranya berminat hubungi saya : 0196665141

Join Networked blogs

Daftar

Nama
Nombor Ic
Nombor telefon atau Hp
Nak ambil lesen apa?
Alamat sekarang
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.