Isnin, 13 April 2009

Petua lulus ujian Jalan Raya JPJ



 














From Surfine Hi Tech
Peta laluan Ujian Jalanraya di Surfine Hitech.

Sebelum mula ujian di jalanraya, pastikan 5 perkara ini di lakukan:
(1) memastikan tempat duduk dalam keadaan betul,
(2) memastikan cermin tengah & sisi dalam keadaan betul,
(3) memastikan sit belt ( tali pinggang keselamatan ) di pakai,
(4) memastikan signal dalam keadaan baik,
(5) memastkan wiper (pengelap cermin) dalam keadaan baik.

ke lima-lima perkara ini, dikira 1 markah. sekiranya anda terlupa untuk melakukan kesemuanya, bererti anda gagal. Rileks! atau bertenang dapat membantu anda dalam ujian jalanraya ini. Markah minimum yang perlu anda dapatkan untuk lulus dalam ujian ini, ialah 16 / 20 (minimum). Dapat 15/20 habis la, siap sedia duit untuk buat ulangan ujian, (gagal lah tu)

Semasa bergerak dan tiba di persimpangan, (signal) lampu isyarat jangan lupa bagi awal, sekurang-kurangnya 3 saat sebelum sampai simpang. 

Apabila berhenti di persimpangan, pastikan jarak kenderaan anda,  jangan sampai terlebih dari  garisan putih. Pastikan! anda berhenti sebelum garisan dan hand brek mesti tarik.

Jika berhenti di belakang kenderaan lain, pastikan anda nampak tayar belakang kenderaan tersebut. Kalau lori, nampak tayar belakang lori, kalau kereta nampak tayar belakang kereta, begitulah sebaliknya.

Untuk makluman anda, terdapat sedikit pembetulan pada peta laluan A, di mana anda tidak perlu memusing di kawasan taman perumahan pinggiran delima,  anda cuma perlu membuat u turn ( pusingan u sahaja) . Ini adalah peta masa test dulu-duluu...... sekarang dah bagi senang sikit.... u turn jer ok. Semoga lulus ..... 

Takut lagi? ya! saya tahu takut adalah perkara biasa yang akan dirasai bagi setiap calon pada hari ujian JPJ. Saya juga seperti anda. Maka saya cadangkan supaya anda ingat betul-betul segala apa yang dipelajari dan cubalah berkawan dengan JPJ. Sebab itu lah disarankan anda berpakaian kemas, cantik-cantik, wangi-wangi, supaya JPJ tengok pun happy. Jangan sampai gaya dan fesyen poyo anda membuatkan JPJ berkata "waah lengchai sudaaa marii maa".  


Join Networked blogs

Daftar

Nama
Nombor Ic
Nombor telefon atau Hp
Nak ambil lesen apa?
Alamat sekarang
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.